Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, December 30, 2014

Lihatlah ke hadapan, mulakan hidup baru

Assalammualaikum,

Another few days before 2015 is coming, sedih mengenang semula apa yang kita lalui dalam tahun 2014. Penuh dengan seribu hikmah. Saya tak pernah mengalami banjir sepanjang hidup, kalau hujan pun rumah-rumah yang hujung kampung saja yang terlibat, jadi kita ni macam jakun duk main air feeling-feeling tepi pantai. Tapi melihat apa yang terjadi kat Kelantan, Pahang, Terengganu, tak tahu nak kata apa. Kita yang kat Selangor ni nak post gambar makan sedap-sedap, berjalan sana-sini, dalam facebook, tak tergamak rasanya mengenangkan orang-orang yang tengah susah.Moga Allah beri kemudahan pada mereka yang merasai, dan moga diberi kesenangan pada kita yang ingin membantu.

Tak sampai hati nak post dalam facebook, kita tulis saja dalam blog sebab mostly yang baca cuma silent reader. Kalau nak semak semula target 2014, banyak lagi list yang belum tercapai.

This was my wishlist of 2014.Ada lapan semuanya tapi tiga saja yang tercapai.Alhamdulillah, ada rezeki sikit-sikit dapat upgrade sikit duit belanja mak abah, dapat pergi sydney....and 2 hari yang lepas, finally husband managed to get a 2nd hand car for me. Selama setahun 6 bulan bekerja, kita terhutang budi pada kakak yang faham kesusahan kita and sudi pinjamkan kereta comel dia pada kita. Agak susah juga nak cari kereta sambung bayar sebab apa pun based on trust. Mungkin juga sebab kita ni kerja pensyarah, jadi orang senang percaya. Yang sebelum-sebelum ni i siap mintak nasihat kawan yang kerja lawyer goverment kat Ipoh.Apepun syukur, everything going smooth. Sebab selalu berniat, kalau ada kereta cc besar sikit, selesa nak bawak mak abah ke mana-mana. Memanglah abah ada kereta sendiri, but dah tua-tua ni mata tak begitu terang nak drive especially malam-malam.Kawan husband yang menjual tu pun bagi kita bayar down payment ansur-ansur, tak cerewet dan senang nak discuss..Memang terasa nikmat nya bila kita dah biasa bersusah drive 660 cc dan tiba-tiba bertukar ke 1.3.


 Minggu lepas juga me and office mate jumpa port makan baru yang sedap. Just before pekan Mantin.Ayam golek yang enak!!


 Yang bawah ni pula ayam goreng rempah bertentangan Nilai square, nama kedai is Papa Ganu. Kami duk lepak-lepak minum air semasa nak on the way ke rumah kawan untuk pick up kereta. Tak tahan betul dengan godaan bau ayam goreng ni.

And today i made salad with dory fish...makan dengan ayam golek kat kedai haritu.

Alhamdulillah, kenyang perut, suka hati..For 2015, i already listed out my wish. Phd is and will always in my mind. Terfikir nak tukar tempat kerja, tapi sayang juga sebab dah selesa di sini. Untuk travel pula, yang pasti nak berjalan ke Indonesia, Thailand...and maybe China?.Tapi yang pasti nak round Asian country. Nak pergi Europe belanja besar sangat.


Saving sangat penting kan?...i wish that if ada rezeki nak renovate sikit rumah emak sekarang. Buang rumah atas, jadikan semua rumah batu setingkat.Then dapur pun teringin nak letak tiles kat dinding. Macam-macam nak buat, nak mak abah hidup selesa. Dah settle rumah mak abah, baru fikir rumah sendiri pulak.Moga-moga murah rezeki untuk tahun 2015. Bila sesuatu tu kita mulakan dengan kesusahan,dengan usaha,dengan air mata,dengan peluh keringat...sampai masa kita dapat merasai kejayaan, pada waktu itulah kita baru sedar nikmat kasih sayang Allah pada kita.AllahuAkbar


No comments:

Post a Comment