Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Wednesday, December 30, 2015

Ending of 2015 & wishes for 2016

Assalammualaikum and hai...

Sedang elok Naim tidur, dapatlah ubat kerinduan update blog yang lama tak terusik. Sibuk, ya sibuk macam biasa, terkejar-kejar kita habiskan syllabus. Seminggu dua ni banyak public holiday jatuh dekat-dekat dengan weekend. Seronoknya kalau financial dah stabil, dapat holiday sana sini, tak kurang juga ramai yang muda-muda berpeluang mengerjakan umrah dengan family. Oh myyyy, i'm so jealous.

Sebelum cuti Krismas haritu, kami satu ofis ada plan nak picnic & mandi dekat Tadom Hill, near my house. Mula-mula plan sampai 10-12 orang yang akan join, but end up kami berempat je yang join, and kak sham brought her family members, nampaklah ramai sikit 8 orang. Ikut tentatif, we were having breakfast at my house and terus siap-siap salin baju ke Bukit Tadom. Sampai-sampai je around 10.30 am, dah ramai orang mandi. Harga tiket rm20/entry..selalunya tengok orang mandi dari jauh, and now saya pulak excited nak try. Masih ingat lagi masa mula-mula sampai, the moment i filled  up and submit the registration form suddenly the guy at the reception area look surprised, "Eh akak orang kampung sini".. yela dik, kenapa, orang sini tak boleh datang mandi ke...hehe



The view was so nice...bila kawan-kawan/kakak tanya, i honestly said that seronok mandi situ, rasa macam berada di sebuah daerah lain, padahal hanya di kampung sendiri. Hihi...Waktu ni dah mula musim hujan, so i was predict that the weather will be good at the morning, and will start raining at the evening. Sebab tu ramai yang datang pagi-pagi mandi, nyaman dan sejuk. The good thing, ada orang/pekerja yang sentiasa check tiap kali orang nak turun mandi. Semua orang kena pakai safety jacket betul-betul, termasuk tali yang patut dipakai kat celah kaki tu supaya kita terapung sekali dengan safety jacket. Kalau tak, jaket je yang terapung, orang entah ke mana tenggelam hilang. Ramai juga yang datang saja nak mandi-mandi, tapi tak pandai berenang pun sebenarnya, including me =)

Kalau nak picnic pulak, space a bit limited. ada cafe, but i'm not sure apa makanan yang disediakan. Kami bawa bekal breakfast pagi tu and selang seli makan-mandi-makan-mandi sampailah tengahari around pukul 1.30 pm. Cukuplah spend masa setengah hari.






During public holiday, while others busy uploading their holiday's story... i just spent my time with the kids. Jalan ke rumah kakak, main dengan budak-budak then pergi window shopping. On weekend pulak, bawak budak-budak mandi pantai kejap.



Waktu ni, husband baru je dapat kerja area KLIA, but still kena berulang office dari Klang-KLIA. Dengan jadual kerja tak menentu, ikut jadual flight, he has to standby all the time. Saya pilih untuk tak merungut, sebab pekerjaan ni lebih baik berbanding dulu. Kalau nak cerita merungut, banyak lagi benda boleh dirungutkan. But when it comes to rezeki, kita kenalah bersyukur. Tiap-tiap hari dia boleh singgah rumah sekejap-sekejap untuk lunch/dinner & main dengan Naim, and walaupun tak fully living together but at least we see each other everyday. Much better than the situation before.


Alhamdulillah, end of 2015 ada rezeki-rezeki yang datang. Kecil atau besar, saya tadah & guna peluang tu sebaik mungkin. Nothing easy, tapi Allah maha mengetahui whenever we ask, whenever we need it, He will give to us..on the right time. 

For the upcoming new year, i wish for a good health, a better financial planning, a better time quality for family,  dan moga diberi peluang menambah zuriat. See you 2016!!

Sunday, December 13, 2015

Naim turns three

Assalammualaikum & hai,

Nak dekat sebulan tak update blog, rindu rasanya. Takde mood nak update pun iye jugak, mungkin dihantui sindrom kegemukan. Haritu macam rajin sekejap buat watermark kat setiap gambar, tapi rasanye that is one of the reason yang melambatkan/memalaskan/mematahkan semangat nak update blog.

Disember yang ditunggu-tunggu, sempena dengan bulan kelahiran Naim kesayangan, plus semester dah nak habis, seronok rasanya.During his birthday haritu 9/12/12, mama took half day & we were having cakes kat secret recipe. Oklah celebrate kecil-kecilan, yang penting ada ingatan. Tahun lepas mama terlupa, terkilan sangat sebab tak ingat betul-betul his birth date.Dah tengah malam baru teringat.Sorry Naim, but mama now happy seeing you grow up sampai tak sedar dah tiga tahun. Tahun ke-3 ni, mama siap announce kat office 'aku nak half day rabu ni sebab harijadi anak aku'.


Sebab kamu kecil lagi, mama pun takde feeling sangat nak beli hadiah apa-apa. But last week, we brought you to Big Bad Wolf, sengaja nak merasa experience. Mula-mula excited, but end up with frustration, banyak buku2 yang saya expect ada di sana tapi bila pergi like "oohh, macamni je rupanya'. We grab a few, takkan nak balik dengan tangan kosong pulak kan after mengharungi traffic yang teruk.



Since papa quite free this month, weekdays i ajak dia lunch near my workplace. Takdelah dekat sangat, tapi bila pergi sekali asyik teringat2 masak lemak udang. Kedai tepi kubur, i mentioned it before kan? Tapi taste papa & mak different dengan i, both of them nampak berselara makan nasi putih dengan sambal belacan, tapi lauk pauk for them just average.While me, syokkkk sangat makan masak lemak tempoyak cili padi udang.Fuhhh


 Untuk balas balik, selang beberapa hari i asked him a dinner treat pulak kat area rumah. Tu yang datang segala sindrom kegemukan tu!

Disember dah pun di pertengahan. Tapi banyak lagi rasanya wishlist 2015 yang tak tercapai.  I think cuma satu je kot, improve my career & ada sedikit peningkatan gaji. Yang lain-lain tak tercapai langsung. Lately ni pulak ramai orang sekeliling yang ke umrah bulan 12 ni termasuk yang muda-muda, jealous nye.Wish one day/tahun depan nanti nak bawak emak sama-sama ke sana using my own money. Ok then, babai =)

Thursday, November 19, 2015

Re-induction Atkin -1

Hi, Assalammualaikum,

Macam dah rutin pula setiap hari khamis after habis class for that week, terus start update blog. Harini mood penuh gembira dan berbunga-bunga. Gembira dengan rezeki kawan-kawan. Bila mana kita pun pernah merasai pengalaman yang lebih kurang sama, terus jadi beremosi nak berkongsi kegembiraan itu.

 Dr.Hajah Shamsiah Banu, she's inspire me a lot. This morning, kak sham just passed her viva successfully, dapat Hajah, dapat title Dr. lagi. Sounds perfect lifenya kan?, tapi bila ditanya siapa-siapa pun, bukan mudah nak dapat kejayaan macamni. In her journey completing the PhD and being a single mommy for two kids,sangat mencabar. Ini baru satu cerita. I have heard and seen a lot of PhD's stories of my friends and lecturers,in fact my own brother..semuanya dasyat-dasyat punya cabaran. Setakat diduga kereta bocor, itu cuma lah cabaran kecik-kecik. Yang real punya semuanya main mental emosi.Back to Kak Sham, since i'm too excited for her, me & a few friends went to florist this afternoon and dapatlah beli sejambak bunga plastik untuk Kak Sham. Terbayang-bayang moment viva master dulu-dulu. And i got another two friends that will go for PhD viva tomorrow (friday) and next monday. Good luck my dear friends!

This week, i have decided to start my Atkin re-induction. Feel more excited when 3 of my friends join me. Baru seronok sikit & takdelah nak jelous tengok depa pi kuar lunch makan sedap-sedap.Kihkih..Actually, sebelum fikir nak diet balik sempatlah pergi cari / masak beberapa jenis makanan yang dah lama teringin nak makan.

Kari telur, masak sendiri. 

 Pisang goreng cheese, mahal ye nowadays.. rm7.


Pirate Coffee..makin famous sekarang ni. Cuma lebih sedap kalau tambah manis & creamy sikit. Location opposite Giant Nilai. 

Last week, ada beli stok susu tepung untuk Naim. Dapat pula free gift play card dari Dutch Lady. Bukan main seronok lagi Naim sebab dia suka sangat gambar haiwan-haiwan.

So, dah sedap-sedap makan siap bergambar bagai kat atas, Isnin baru ni saya start re-induction, tapi tak begitu straight/clean. Lepas try Atkin dulu & dapat turunkan berat berat, sesedap rasa makan carbo semula tanpa serba salah.Sudahnya now back to previous weight. Ibarat turun 5-6 kilo, sekarang naik semula 5-6 kilo. Here is my menu bekal ke office sepanjang 4 hari: 

Day 1-sayur kacang buncis+capsicum, bergedel ayam Ramly
Day 2-Repeat sayur kacang buncis
Day 3 - Tumis sayur bayam + telur dadar
Day 4 - Nasi goreng atkin, cheese, bergedel ayam ramly (Malam:telur hancur+sayur pucuk ubi+sambal)


 So far ada penurunan untuk 3 hari ni..tapi biar kita kumpul seminggu then baru cerita ye =)
Okay then, babai.

Saturday, November 7, 2015

Buaya @ Paya Indah Dengkil

Assalammualaikum & hi everybody,

Happy nya this week sebab terbayang next week will a bit free, since majority at my working place are Indian, students will having semester break seminggu, staff pula ramai yang bercuti sambut deepavali, and ada juga yang balik India. Kami yang malay ni tumpang mood cuti sekali. Weekend lepas, sengaja tukar angin beli groceries dekat Alamanda. Lama tak berjalan ke sana, adalah lebih 2 bulan juga. Sejak IOI buka, Alamanda dah kurang sesak so takdelah susah sangat nak makan-makan kat situ.


On Sunday, pagi-pagi keluar cari surat khabar and tergerak pula nak singgah Paya Indah (Wetland) kat Bukit Changgang-Dengkil. Dulu masa zaman Tun Mahathir, tempat ni quite known dengan badak sumbu, buaya & tasik-tasik teratai. Kemudian entah macamana lama-lama terkubur sepi, tapi masih cantik & sesuai datang buat family day/berbasikal. Sometimes, orang kampung area sini akan guna tempat ni for wedding/event.


Naim ni pencinta haiwan, suka sangat dia kalau kita bawa tunjuk haiwan-haiwan. Nanti senang-senang kita ke zoo negara ye Naim. Dekat wetland ni, kalau sebut buaya saja ada dalam 50 ekor dalam kolam besar ni. Masa kami sampai, agak ramai juga & kebetulan pekerja2 tengah bagi buaya makan.


Layan Naim main giant bubble. Tempat ni best kalau kita datang bawa tikar & picnic.

Very nice and calm isn't it?Actually, ada lagi kolam besar untuk badak sumbu, itik, and sometimes kalau bernasib baik boleh nampak burung merak berkeliaran. Next time datang kita picnic kat sini & bawa basikal =)

This week meriah sikit office, one of our beloved office mate, Kak sham dah selamat pulang dari haji. Hari first dia masuk kerja, kami keluar lunch sama-sama, tapi lupa pulak nak ambil gambar muka kak sham yang berseri-seri tu. Tapi yang nak sangat saya highlight kan is the food/kedai yang kami try. Tak jauh dari Aunty Aini cafe, commonly known as 'kedai tepi kubur' & sedikit tersorok. Nak datang kedai ni memang kena booking sebab ramai sangat orang datang makan lunch, plus space yang agak limited. Lauk-lauk dia memang sedap & selalunya pukul 2 pm macamtu dah tutup/habis. Kami ambil lauk berbeza-beza, so  boleh tumpang rasa each other. Tapi kuah lemak tempoyak dia memang terbaikkk.


Set : nasi+sotong petai+ulam+cendol, rm10



Actually minggu ni banyak juga kami try makan menu baru kat kedai-kedai area Nilai. Tukar selera katanya. Macam kat bawah ni, nasi beriani ayam kat satu kedai arab area Inti College. Terlupa nama kedai tu, tapi quite famous juga. Nasi dia MasyaAllah...lembutnya, sedapppp...i managed to finish the nasi but not the chicken.

 Yang ini, mi kari from Hailam Kopitiam. Actually, lately ni i ketagih dengan mi kari Old Town Coffee, so bila pergi Hailam Kopitiam, saja nak try mana tau lebih sedap. But then Old town lebih kena dengan tekak & selera.

Satu lagi ketagihan,  tiap kali datang KFC mesti nak beli cheezy potato. Naim pun sama, ketagih nasi & ayam goreng KFC. Nasib baiklah yang dia suka tu affordable, bolehlah mama bawak makan selalu.


Alhamdulillah for this week, happy and smooth je routine. Itulah yang saya doa setiap hari. Okay then, see again =)


Thursday, October 29, 2015

Stress & depression, sejauh mana.

Hi & Assalammualaikum

Alhamdulillah, classes for this week went well..Setiap hari Khamis, mesti happy semacam sebab dapat habiskan kelas untuk minggu itu. By friday boleh relax-relax buat nota. So last weekend,  bukan main seronok gaji masuk awal. Benda pertama yang saya ingat, nak beli kain chiffon glitter buat tudung bawal. Masa survey-survey haritu, kedai tu bagi rm12 semeter. Selang seminggu datang balik, jadi rm15 semeter pulak!..Aaiihhhh, geram pulak dengar. Konon nak beli sampai 4-5 colour, sudahnya 2 colour jela. Upah jahit kelim je dah rm5.

 
 Tambah koleksi pin tudung. Asyik cilok mak punya je.


Ahad, masak special untuk husband. It's been a longggg longggg time.Repeat balik ketam cili macam haritu.



Yang ini, ice milk green tea dari gerai Tea Boss. Sedang elok lepas kami beli, hujan lebat turun. Masa ni, Naim haus sangat & tak sabar nak minum. Marah dia tengok mama lama sangat snap picture.


A few days ago, ramai yang share berita seorang wanita baru berpantang 10 hari, terjun bangunan. Obviously,  it is caused by post-natal depression.  Sometimes, kita pun tak boleh imagine camne meroyan tu terjadi. Depressed, tension, rasanya feeling ni ada pada setiap ibu yang baru bersalin. Sikit atau banyak je.

Pengalaman saya masa bersalinkan Naim, pernah juga sekali dua saya menangis tak semena-mena. Takda masalah nak menyusukan anak, tapi masa tu badan penat,letih, siang malam berjaga. Sakit pulak tu kat bahagian operate, tak larat nak bangun-baring-bangun-baring. Baby pulak tak sabar-sabar nak menyusu, menangis-nangis masa nak disuakan kat mulut dia. End up saya pun menangis, tapi tak lama. Start masa tulah mak terpaksa bancuh sikit susu tepung sebab kesian kat saya. And saya masih ingat lagi, pagi tu jugak abah keluar carikan pil milk booster kat farmasi. Bila pergi check-up kat klinik, dapat reading blood pressure, nurse pun boleh tau yang kita ni dalam keadaan stress,penat & tak cukup tidur. Suhu badan pun sedikit panas, ada simpton nak demam. Alhamdulillah, nurse kat klinik banyak bagi guide & advice pada saya. Nurse has asked me siapa yang ada kat rumah, siapa yang jaga saya berpantang, kalau badan rasa sakit atau lenguh-lenguh, mintak tolong siapa-siapa urutkan, suruh banyak berehat, if perlukan something makan minum,amhil barang itu ini, mintalah tolong ahli keluarga. The obvious part selalunya bila kita tension, senang je rasa nak marah pada baby/pada diri sendiri/pada orang sekeliling.Syukur kita ada ahli keluarga yang prihatin.


 I still remember, masa mengandung dulu, i had a lot of problems and kept a lot of feeling, which was actually depressed feeling, murung. And i still can feel it even after three years, susah nak lupakan. And now, nak besarkan anak tanpa suami/ayah depan mata, seminggu sekali je berjumpa walau jarak tak jauh mana. Tekanan, dugaan, emosi, semuanya Allah saja yang tahu. Yes, stress & depression yang saya lalui tiga tahun lepas, masih ada sampai sekarang. Moga Allah kuatkan semangat kami.




Tuesday, October 20, 2015

Cari Kebahagiaan

Assalammualaikum & salam maal hijrah everyone =)
 


How do you find your happiness? Lain orang lain caranya & lain definasinya. Some people, they couldn't find the happiness from their beloved ones, but they managed to find it from surrounding. Melalui kerja, hobi, foods, kawan2, anak-anak. Ada yang suami/isteri depan mata serumah sebumbung tapi tak jumpa kebahagiaan. Ada yang hidupnya tanpa pasangan, tapi cukup bahagia dengan apa sahaja dalam hidupnya Mencabarnya hidup zaman sekarang, yang muda, yang tua, masing-masing kuatkan iman & semangat. For me, don't put so much hopes on human's love, bimbang nanti kecewa. But put your faith on Allah, kita tahu yang itu abadi & kita serah segala-galanya..Insyaallah, wanita memang dikurniakan Allah seribu kekuatan.


Cerita seminggu yang lalu, yang mana i'm trying hard filled up my days so that boleh lupakan hal-hal yang menyakitkan kepala. We tried char kuey teow ketam near my kampung, just next to Petronas Kg.Bukit Changgang. Tak jauh dari KLIA.Sedap, sepinggan macamni dalam rm8.50, ada udang, kerang & ketam. They got lobster too! . Ini boleh mendatangkan ketagihan!

Then on Saturday, jalan-jalan ke rumah kakak..Try mixing some jagung+vanilla ice cream+tapai ubi.Sedap yaww, makan sambil tengok Gordon Ramsay masak.Actually teringin nak repeat makan aiskrim tapai ubi kat Aunty Aini Cafe.


Belah petang, kami ke Sungai Buloh, cuci mata tengok pokok bunga. Kami pergi satu kedai saja sebab hujan gerimis waktu tu. Naim got excited tengok pokok-pokok & finally tergelincir. Mujur dia tak nangis.

And this is what i got. It cost me rm8, sejuk mata nak buat kerja. Actually i was looking for cactus tapi kebetulan kedai yang kami pilih ni cuma jual pokok-pokok berdaun. Hopefully lepasni akak cleaner tak marah dengan aku sebab daun-daun pokok ni ada sikit-sikit gugur atas meja. She cleaned my table everyday & rasaya meja aku paling crowded among the colleagues.
On Sunday, datang semangat nak berdiet kembali.Cadangnya nak start bawa lunch box, and buat diet kalori. So, bought some groceries. Lama sangat dah tinggal atkin, nak mula balik teramatlah liat.


Malangnya lunch box cuma berjaya sehari saja on Monday. Selasa got guest professor datang visit & ada jamuan, wednesday cuti, khamis got training and food was provided, and last sekali jumaat dah plan potluck dengan kawan-kawan office. Walaupun cuma sehari, semangat masih ada and i bought a proper container for my lunch box. Baru lah best sikit nak buat banyak lauk & letak separately. Punya besar Giant tu, but it was really hard for me to find this type of container, yang ada separate part macamni. Harga tupperware ni rm12. Itupun jumpa satu brand saja.


This was our potluck on friday. My friend bawa bihun goreng and we agreed that the bihun is veg-type since we got a few friends yang vegetarian. I cooked pasta goreng campur udang&ikan bilis, while the juniors brought kuih, ayam goreng and brownies. But finally rasa macam 'isshhh sabar jelah buat bihun veggie tapi 'orang' tu tak makan pun'. Kalau tahu dia tak nak makan, dah lama dah suruh my friend bubuh fish ball, ayam, ikan bilis kasi sedap sikit.

 Lately ni famous betul orang duk share makan kat Shell out dengan segala ketam-ketam & apron plastik. Tak kurang juga ada yang try di rumah. Dah lama tak ratah ketam puas-puas macamni. Tadi macam baru cerita pasal diet kan?..hehe.


Emak prepare ketam cili just like  ayam masak merah. Tapi kurangkan sikit rasa pedas dia dengan lebihkan sedikit gula. Ketam & udang ni mak goreng dulu dengan garam,kunyit, lada sulah. Sayur-sayur macam brokoli , carrot & jagung dah rebus awal-awal & just tabur last sekali. Guess what, sebenarnya makan jagung rebus bersalut sambal adalah sedapppp!!. Cubalah =)



Untuk hiburkan Naim, mama bawak pergi tengok unta on weekend semalam. Haritu, a few of friends had share some pictures of mini zoo kat sebelah kampung.  Tapi sebelum tu mama had to bring him potong rambut, after all the drama meraung-raung kat kedai, lega rasanya tengok kepala botak bersih. At least tahan untuk 3 bulan akan datang, so that mama will emotionally prepared dengan drama meraung naim tu.


Hati senang, kepala bersih, then mama belikan super creamy tea boss! "Tea Boss" lemak berkrim is running by my cousin's husband, ada khemah kecil opposite of Kilang Genting Sanyen near KLIA, beli secawan, kongsi 3 orang baru boleh habis. Tengok orang order perisa green tea, terliurrrrr..But for the beginning, i order milk tea & coffee =)


'Mini zoo' ni was actually tanah milik someone, he built a few unit house beserta surau and sekitarnya the owner bela beberapa jenis haiwan macam burung unta, unta, kambing, ayam belanda, angsa & lembu. And at the same time, tiada halangan untuk orang-orang lalu lalang kat situ singgah tengok. The interesting part is tengok roughly rumah yang dibina ada corak kufi, pokok kurma, & nowadays dah famous orang buat rumah pakai interlocking brick. Walaupun tak banyak mana haiwan, but fun enough untuk kids and parents datang spent for 30 minutes ambil angin petang-petang.



That's how i defined my happiness. Memasak, jalan-jalan, makan, dengan orang yang memang sepatutnya dapat kasih sayang, masa & perhatian kita.So far in 4 months period, saya berjaya tak bawak balik kerja ke rumah. Kalau ada pun just review lecture notes in 15 minutes. Insyaallah, in future, mama try to spend more quality time untuk naim. Kadang pergi kerja, naim tak bangun lagi, mama balik kerja kadang-kadang naim dah tidur/ nap petang. By the time he woke up at midnight, mama dah tidur and end up sambung tidur depan tv sambil temankan naim watching cartoon.Kalau naim tak tidur petang, dapatlah mama tengok muka sweet naim sambut mama balik kerja.

Okay then, jumpa lagi next entry =)