Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, July 30, 2015

First week Atkins & Bekal ke office

Assalammualaikum & Hai everyone!

As i promised, hari ini nak update kisah diet Atkins. Alhamdulillah, dah 7 hari, started on 23 July 2015. Masa mula-mula nak start diet Atkins ni, tanam niat and doa, "moga-moga kalau aku kurus nanti mintak mintak janganlah aku jadi lupa pada Allah, pakai seksi-seksi, ketat-ketat". Dah dua tahun lebih sejak beranak,  banyak baju-baju lama yang tak dapat nak pakai sebab saiz dah bertambah. Nak cari seluar/baju yang sesuai pun sometimes susah. So yang dalam almari tu membazir tak pakai. Almari pun kecik, kalau almari besar, maybe boleh beli baju banyak-banyak. Kihkih

Sebelum start puasa,  berat badan saya around 64-65 kg dengan ketinggian 152 cm. Kalau nak diikutkan memang tak ideal. Kira ni tahap gemuk, atas sikit dah obesiti. My current BMI is 28. Kalau nak ideal kena capai 23 ke 25, which means berat around 55 kg ke 57 kg. So ada 10 kg nak remove. Masa puasa haritu i wore my PB corset, ada turun dalam 2 kg. But then Syawal menjelma, maka rendang-rendang,lemang ketupat dah take over balik 2 kg tu. Hancusss.

So, my first week of Atkins tak begitu strict. Main carbo macam nasi & adik beradik mee memang 100% saya tinggal, termasuk air gula/manis. Tak begitu strict means lauk pauk yang saya makan tu ada yang dah bercampur dengan gula&sos,santan, macam rendang ayam yang saya bawa ke potluck office haritu. The first 3 days, saya masih minum nescafe separuh mug + satu sudu nipissss susu pekat.Nipisssssss tau kawan-kawan. Memang cair and tak manis, tapi memadai nak cover nafsu minum coffee. Ada juga haritu cheat sikit makan 1 slice of kek lapis kat rumah mertua si Yani. Huhu...Dah emak mertua dia duduk 5 minit depan aku sambil buka kan bekas kek tu,serba salah pulak tak ambil. Lepas makan 1 slice, aikkk macam sedap pulak. Then istighfar banyak kali.

Alright, here are some of the menu in my 1st week of Atkins diet.

Chicken ball + brokoli.
Patutnya tak boleh sos, makanan proses pun tak bagus.Masa makan ni memang berselera.Tapi lepas 3-4 hari tengok semula gambar ni rasa nak muntah pun ada.haha..



Black pepper chicken from secret recipe + kailan rebus + ikan bilis. 

 Breakfast telur dadar+mayo+ikan bilis.


On weekend, ada kenduri dekat Marina Putrajaya. So just imagine betapa kena kuatnya iman saya nak menghadap segala lauk pauk. The only choice is ayam goreng jela.


I was looking to the flowers..as well as the cendol behind!!

Next day, breakfast.. hotdog+telur goreng+ikan bilis+cheese



Sawi rebus + homemade meat ball
For meatball, bahannya daging potong kecil+bawang merah+bawang putih+telur+serbuk lada hitam+garam. Blend semua & goreng.



Homemade egg muffin  + bayam goreng
The funny story about these egg muffins, bila dah siap bubuh all the ingredients then saya baru realize loyang muffin ni tak muat dalam oven. Bila kita masukkan dalam oven, pintu oven tak boleh tutup rapat. So the remaining space yang terbuka tu, i cover dengan kain, dengan harapan dapat kurangkan haba yang terkeluar. Lagipun telur je, cepat masak.





 Breakfast-telur separuh masak, hotdog,tomato & cheese
Lunch-sayur kacang buncis, hotdog, telur rebus & cheese

Green tea + 1 sachet gula low carb



Untuk buat low carb diet ni, kenalah invest sikit duit. For example, kalau sehari 2-3 biji telur, seminggu tu dah berapa kan?. Selebihnya hotdog, ayam, ikan, sayur nak kena beli kerap as i living together dengan parents so nak kena maintain barang2 dapur. Untuk sedapkan sikit lauk, letak lah ikan bilis, mayonis & cheese. Not necessary to use  1 slice cheese for each meal. Selalunya i divide into a few parts,cubit-cubit sikit, so guna only 1 slice for the whole day meals. Since my sister in pantang mode, ikan bilis goreng memang sentiasa ada. So i have to make sure the amount of money yang i invest tu boleh cover seminggu punya menu atkin, or maybe sepatutnya sama macam kita makan tengahari biasa. Jangan sampai over beli itu ini, berat tak turun ,sayur pun jadi jeruk dalam peti ais.


Now, bab penurunan.

Haritu before atkins around 63~64 kg
After seminggu 60~61 kg
Turun 3 kg

Okay, tak nak happy banyak-banyak sebab kalau nak diikutkan pengalaman yang lepas, asal aku riak sikit je, mesti lepastu gemuk balik. So now kita bersederhana, haha..Okay then, babai.

Monday, July 27, 2015

Raya & Accident on Syawal

Assalammualaikum,

Cukup-cukuplah perap gambar lama sangat. Harini cuti, so dapatlah update some story dalam blog. My phone was formatted last week, habis hilang gambar-gambar sebelum raya haritu, walaupun cuma selfie yang entah apa apa.For this Syawal, kami sekeluarga tak begitu rancak beraya. Saudara-saudara tua yang rapat pun dah banyak yang meninggal dunia, yang tinggal pangkat makcik,pakcik, sepupu-sepupu.

Us, on pagi raya


On second day of raya, my sister had safely delivered this beautiful princess named Hannah. Sebab tu lah tahun ni kami tak beriya beraya, cause emak busy duduk di rumah jaga kakak berpantang. Me and husband just follow my eldest brother sekali beraya ke rumah pakcik-makcik. takdelah kekok sangat nak berborak nanti.


 Hari Rabu, papa dah start bekerja. Just one day after he started working, i told him that i bought the urine test strip, nak check pregnant sebab missed the period.

Yes, the answer was negative, as i expected.


Sebelum puasa haritu i skipped the pill for a few days, and terus tak makan dalam 2 minggu macamtu. Bila hormon tak stabil, period pun tak datang. Then i have started eat the pills again ikut tarikh yang sepatutnya and until now belum period lagi. Maybe it will takes some times to stabilize the hormone. Masa nurse datang ke rumah checked my sister, i asked the nurse when i should start eat the pills after leave it for a few weeks?..The nurse said, you should wait until your period comes out..no matter how long does it takes, you should wait until your period coming. Hari ke-5 period, barulah start makan. Since i already bedal the pills, nurse kata takpelah, teruskan makan and tunggu jela period awak, mungkin dah stabil..or mungkin belum.

 Oh ya, on last saturday..i was involved with accident.Macam biasa, rutine on weekend, i will drive to Klang, fetch husband. On the way balik, near the traffic light a few cars were stopped emergency, so kami pun break emergency tapi still terkena juga kereta depan. Adalah dalam 3-4 kereta semuanya, and my car was the last. So bad, kena saman sebab last sekali. Actually, ada sebuah kereta belakang kami, but the driver already checked everything takde calar-calar and terus balik. Kami pun tengah serabut masa tu, so takde nak fikir banyak.

The accident was happened sekelip mata, tapi puak-puak towing kereta ni cepat je sampai. Luckily my husband berkawan dengan ramai geng-geng bengkel kereta,so senang jugalah urusan kami.Yang penting, me,husband and Naim were fine and tak cedera.

That is the reason why i'm on leave today. Tengah nak arrange kereta untuk ke tempat kerja...surely 2 minggu punya tunggu kereta siap repair. I did not felt any sad for this accident. Cuma terfikir-fikir...i have sacrifice a lot every week fetch husband from Banting to Klang,dengan tenaga,masa,wang. Bila ditambah lagi dengan accident, i was like penat. Sebelum ni pun penat juga, but since i'm no longer working on saturday..jadi bersemangat semula nak drive sana sini. There is something He wants to show to me. But emotionally, saya okay je. The moment i had thinking about this sorang sorang dalam bilik, husband datang and minta maaf  sebab accident ni dah menyusahkan saya, especially for a few weeks nak ke tempat kerja nanti. But i said to him, jangan laju-laju bawa kereta next time.

 Enough cerita sedih, now kita sambung cerita riang gembira. Now i'm on my 5th-day of Atkins diet. So far berjaya menahan godaan nafsu, even kami ada buat potluck raya kecil-kecilan kat office. But i have managed myself to control all of the nasi impit and beriani! Ratah ayam saja.




So cukup 7 hari seminggu nanti i will continue my Atkin story ya..See you, babai =)

Tuesday, July 14, 2015

Serve your best

Assalammualaikum

Lagi 3 hari nak beraya ni, i'm not so sure sempat ke tidak nak buat kuih raya yang ke-2 & ke-3 yang disebut-sebut haritu. Dengan bijak pandainya pulak, last week i have decided to not taking any leaves before raya, and just apply cuti raya next week nya dari isnin sampai ke rabu. Weekend baru ni aircond kereta pulak rosak, tambah lagi dengan bunyi bearing. Tak dapat nak enjoy sangat gaji dari company lama, sebab terpaksa bayar 'kesusahan' kereta ni berulang alik jauh ke tempat kerja. Dahlah i ni  jenis kedekut nak keluar duit untuk kereta, but my husband always told me yang kereta ni kita guna setiap hari nak pergi kerja, cari rezeki. So, kalau rosak tu janganlah bertangguh/kedekut nak repair, sudahnya nanti jadi macamnilah..kereta kena repair 2-3 hari, nak pergi kerja macamane? Alhamdulillah, dapatlah meminjam kereta kawan untuk 2-3 hari before raya. Bila kita dah biasa bersusah senang dengan kawan, nak mintak tolong pun takdelah rasa malu sangat kan.  =)

Yesterday, i did my marathon ke tiga buah tempat at Nilai area hanya nak mencari baju melayu Naim. Baju melayu memang banyak, but the hardest part was looking the size and same color like his papa. My husband changed the color last minute during weekend when we were shopping at Jalan Taiping Klang. Dasyat gilerr ahh aku rasa Jln Taiping tu, dengan orang parking double line, dengan sesaknya. We were met at my sister's house, around 10 pm..terus keluar ke Klang sampai 2-3 pagi. Naim yang mengantuk pun terus jadi segar. Demi anak sorang, gigih mama cari baju melayu & sandal dia dari Klang sampai lah ke Nilai.


Alhamdulillah, so far i'm doing good kat tempat baru. Classes will only start on September. Laptop was provided for the staff, so everyday datang kerja melenggang just prepare notes & course file for  the upcoming semester. Kena pulak Sabtu tak bekerja, ooohhh heaven aku rasa. Seronok-seronok pun, i have to prepare for the most challenging part (so far), which is for finite element class.  And i heard also, my previous working place has got new management team. I tumpang happy for my friends. Cuma si Ex-boss asyik mengajak pindah semula ke tempat lama. Itu ex-boss, student pulak lain kisahnya. Masa nak resign haritu, i did not tell anyone, not even students. Kena pulak masa tu near the exam week, and i don't want to make the students feel upset. Cuma staff-staff kawasan kejiranan je yang tahu. Minggu-minggu terakhir, adalah seorang dua student datang, and i just told them indirectly berkias-kias. After a few weeks i have started working at the new place, the words had spread out among the students and sorang-sorang whatsapp kita bertanya itu ini, terkejut, sedih & sebagainya. What can i told them, belajar sungguh-sungguh because the journey is still far. The same thing  i told them in the class. Same goes to my office mates, sayang juga nak tinggalkan kawan-kawan yang baik hati but people come and go. During my time, i dah rasa, sorang-sorang senior tinggalkan kita, and i have to learn and survive by myself. Yang ada sekarang ni, mostly semua lecturer baru and they were lucky i think for having me, sempatlah absorb ilmu-ilmu management yang ada. Even until now my ex-boss/kawan2 lama still call tanya itu ini pun for me takde masalah sebab faham most of them are still new.  And i promised to them, after raya nanti nak buat farewell party. 


Sempat buka puasa bersama dengan ex-office mate sebelum raya =)







A few days ago, emak teringin nak bakar ayam untuk lauk berbuka puasa. Masa tu jam dah pukul 6 pm, "sempat ke ni dayah?"..Sempat sangatla mak, ayam paling lama bakar pun sejam je. 




 This is my favorite red velvet from Coffee Bean, beat the Secret Recipe. The nearest branch at Mitsui KLIA. 



Last week also, i have tried new recipe for kuih raya, cornflakes with peanut butter shared from facebook. Senang sangat, 1 cup sugar, 1 cup corn syrup (ganti madu pun okay), 1 cup peanut butter, 4 cup cornflakes. Cuma silapnya i tertuang sedikit air dalam adunan tu, so after esoknya dia jadi lemau. Nasib baik buat sikit je.




So far setakat ini progress untuk raya. Dulu awal-awal bukan main lagi beli bahan kuih raya awal2, sudahnya now takde masa nak buat. Still got 3 nights, kena juga dapatkan atleast satu jenis kuih !. Baju naim, mama still have to find another dua pasang. Chaiyok!! 3 hari lagi. Okay, babai =)

Monday, July 6, 2015

Ramadhan & tempat kerja baru



Assalammualaikum,


Alhamdulillah, i've started working at the new place!. Tapi berdasarkan tajuk entry, Ramadhan bukanlah nama company saya yang baru.Setelah sebulan dua ber'negotiation', asyik tak sedap hati nak tukar tempat kerja, now yeahhhh i finalized the decision.Two years working at Legenda, has taught me to be independant and confident. Tak banyak yang nak dikongsikan. Reason hanyalah nak mencari tempat kerja yang dekat dengan rumah. Dari 50 minit distance, now dah jadi 20 minit.Mana-mana tempat kerja pun mesti ada pro and cons dia, and what i'm having and seeing right now is all the benefits. Mula-mula rasa risau, but so far semuanya baik-baik. Apa yang penting sekarang, i already found new working environment. Sedut nafas dalam-dalam, hembus & buka buku baru =)





Almost 3 minggu dah kita berpuasa, and until today i'm still not getting period. Kerisauan mula melanda..You know what i mean. Sepanjang berpuasa, i only went to bazar ramadhan once. Yes, hanya sekali. And pada hari ke-16 saya jatuh demam. Hampir nak demam sebenarnya, doktor pun macam nak gelak bila saya cakap saya baru rasa nak demam. Pagi tu saya terpaksa makan panadol dulu, then baru ke klinik. Memang tak puasa lah jawabnya. And by afternoon saya rasmikan medical card company and makan ubat dengan hanya beralaskan coklat kitkat. Nama je demam, tapi on the way ke klinik tu sempat singgah Giant beli majalah & pergi Maybank sekejap settlekan akaun gaji. Demam jenis apakah itu?




This year, sama macam tahun-tahun yang sudah, kita sambut puasa & raya secara sederhana. Tahun ni saya berazam atleast nak buat 3 jenis kuih raya. So far dah try satu, popia nestum. Tak susah mana pun sebenarnya . Dua & tiga will be cookies.




Weekend semalam, my first brother balik kampung & dapatlah kami berbuka secara berjemaah. Only my 2nd brother jauh ke Kelantan pasang kabinet. Macam biasa, bila ada SIL yang pandai masak, kita yang ber skill masak sederhana ni tukang makan jela.

 Siakap sweet sour by SIL

 Sambal sotong petai by emak


Tomyam campur by emak 


Samosa/karipap..dua hari berturut kami jamah kuih ni, macam dah terkenan je kat makcik ni.


Lupa nak selitkan satu fakta, you know what, tahun ni saya menyambut ramadhan tanpa suami. Bajet macam suami aku kerja askar je. He joined his friend berniaga kat bazar sepanjang 28 hari. Kalau dikira-kira, i'll only get 1 day berbuka sama dengan dia nanti, insyaallah. Sabtu ahad lepas, ada juga survey survey baju untuk Naim, but I did not buy anything since husband has promised to settle everything for Naim. Beli baju sorang-sorang memang takde mood, nak jugak tunggu laki balik. Satu lagi kerisauan ialah sempat ke nak cari baju raya naim dalam sehari, after husband done his bazar?


Untuk tahun ni, baju mama cukuplah dua pasang. Untuk Naim, i'll try to find 5 pasang & 1 kasut. Moga misi mencari 5 pasang baju dalam sehari tercapai!!

Babai