Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, July 30, 2015

First week Atkins & Bekal ke office

Assalammualaikum & Hai everyone!

As i promised, hari ini nak update kisah diet Atkins. Alhamdulillah, dah 7 hari, started on 23 July 2015. Masa mula-mula nak start diet Atkins ni, tanam niat and doa, "moga-moga kalau aku kurus nanti mintak mintak janganlah aku jadi lupa pada Allah, pakai seksi-seksi, ketat-ketat". Dah dua tahun lebih sejak beranak,  banyak baju-baju lama yang tak dapat nak pakai sebab saiz dah bertambah. Nak cari seluar/baju yang sesuai pun sometimes susah. So yang dalam almari tu membazir tak pakai. Almari pun kecik, kalau almari besar, maybe boleh beli baju banyak-banyak. Kihkih

Sebelum start puasa,  berat badan saya around 64-65 kg dengan ketinggian 152 cm. Kalau nak diikutkan memang tak ideal. Kira ni tahap gemuk, atas sikit dah obesiti. My current BMI is 28. Kalau nak ideal kena capai 23 ke 25, which means berat around 55 kg ke 57 kg. So ada 10 kg nak remove. Masa puasa haritu i wore my PB corset, ada turun dalam 2 kg. But then Syawal menjelma, maka rendang-rendang,lemang ketupat dah take over balik 2 kg tu. Hancusss.

So, my first week of Atkins tak begitu strict. Main carbo macam nasi & adik beradik mee memang 100% saya tinggal, termasuk air gula/manis. Tak begitu strict means lauk pauk yang saya makan tu ada yang dah bercampur dengan gula&sos,santan, macam rendang ayam yang saya bawa ke potluck office haritu. The first 3 days, saya masih minum nescafe separuh mug + satu sudu nipissss susu pekat.Nipisssssss tau kawan-kawan. Memang cair and tak manis, tapi memadai nak cover nafsu minum coffee. Ada juga haritu cheat sikit makan 1 slice of kek lapis kat rumah mertua si Yani. Huhu...Dah emak mertua dia duduk 5 minit depan aku sambil buka kan bekas kek tu,serba salah pulak tak ambil. Lepas makan 1 slice, aikkk macam sedap pulak. Then istighfar banyak kali.

Alright, here are some of the menu in my 1st week of Atkins diet.

Chicken ball + brokoli.
Patutnya tak boleh sos, makanan proses pun tak bagus.Masa makan ni memang berselera.Tapi lepas 3-4 hari tengok semula gambar ni rasa nak muntah pun ada.haha..



Black pepper chicken from secret recipe + kailan rebus + ikan bilis. 

 Breakfast telur dadar+mayo+ikan bilis.


On weekend, ada kenduri dekat Marina Putrajaya. So just imagine betapa kena kuatnya iman saya nak menghadap segala lauk pauk. The only choice is ayam goreng jela.


I was looking to the flowers..as well as the cendol behind!!

Next day, breakfast.. hotdog+telur goreng+ikan bilis+cheese



Sawi rebus + homemade meat ball
For meatball, bahannya daging potong kecil+bawang merah+bawang putih+telur+serbuk lada hitam+garam. Blend semua & goreng.



Homemade egg muffin  + bayam goreng
The funny story about these egg muffins, bila dah siap bubuh all the ingredients then saya baru realize loyang muffin ni tak muat dalam oven. Bila kita masukkan dalam oven, pintu oven tak boleh tutup rapat. So the remaining space yang terbuka tu, i cover dengan kain, dengan harapan dapat kurangkan haba yang terkeluar. Lagipun telur je, cepat masak.





 Breakfast-telur separuh masak, hotdog,tomato & cheese
Lunch-sayur kacang buncis, hotdog, telur rebus & cheese

Green tea + 1 sachet gula low carb



Untuk buat low carb diet ni, kenalah invest sikit duit. For example, kalau sehari 2-3 biji telur, seminggu tu dah berapa kan?. Selebihnya hotdog, ayam, ikan, sayur nak kena beli kerap as i living together dengan parents so nak kena maintain barang2 dapur. Untuk sedapkan sikit lauk, letak lah ikan bilis, mayonis & cheese. Not necessary to use  1 slice cheese for each meal. Selalunya i divide into a few parts,cubit-cubit sikit, so guna only 1 slice for the whole day meals. Since my sister in pantang mode, ikan bilis goreng memang sentiasa ada. So i have to make sure the amount of money yang i invest tu boleh cover seminggu punya menu atkin, or maybe sepatutnya sama macam kita makan tengahari biasa. Jangan sampai over beli itu ini, berat tak turun ,sayur pun jadi jeruk dalam peti ais.


Now, bab penurunan.

Haritu before atkins around 63~64 kg
After seminggu 60~61 kg
Turun 3 kg

Okay, tak nak happy banyak-banyak sebab kalau nak diikutkan pengalaman yang lepas, asal aku riak sikit je, mesti lepastu gemuk balik. So now kita bersederhana, haha..Okay then, babai.

No comments:

Post a Comment