Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, July 14, 2015

Serve your best

Assalammualaikum

Lagi 3 hari nak beraya ni, i'm not so sure sempat ke tidak nak buat kuih raya yang ke-2 & ke-3 yang disebut-sebut haritu. Dengan bijak pandainya pulak, last week i have decided to not taking any leaves before raya, and just apply cuti raya next week nya dari isnin sampai ke rabu. Weekend baru ni aircond kereta pulak rosak, tambah lagi dengan bunyi bearing. Tak dapat nak enjoy sangat gaji dari company lama, sebab terpaksa bayar 'kesusahan' kereta ni berulang alik jauh ke tempat kerja. Dahlah i ni  jenis kedekut nak keluar duit untuk kereta, but my husband always told me yang kereta ni kita guna setiap hari nak pergi kerja, cari rezeki. So, kalau rosak tu janganlah bertangguh/kedekut nak repair, sudahnya nanti jadi macamnilah..kereta kena repair 2-3 hari, nak pergi kerja macamane? Alhamdulillah, dapatlah meminjam kereta kawan untuk 2-3 hari before raya. Bila kita dah biasa bersusah senang dengan kawan, nak mintak tolong pun takdelah rasa malu sangat kan.  =)

Yesterday, i did my marathon ke tiga buah tempat at Nilai area hanya nak mencari baju melayu Naim. Baju melayu memang banyak, but the hardest part was looking the size and same color like his papa. My husband changed the color last minute during weekend when we were shopping at Jalan Taiping Klang. Dasyat gilerr ahh aku rasa Jln Taiping tu, dengan orang parking double line, dengan sesaknya. We were met at my sister's house, around 10 pm..terus keluar ke Klang sampai 2-3 pagi. Naim yang mengantuk pun terus jadi segar. Demi anak sorang, gigih mama cari baju melayu & sandal dia dari Klang sampai lah ke Nilai.


Alhamdulillah, so far i'm doing good kat tempat baru. Classes will only start on September. Laptop was provided for the staff, so everyday datang kerja melenggang just prepare notes & course file for  the upcoming semester. Kena pulak Sabtu tak bekerja, ooohhh heaven aku rasa. Seronok-seronok pun, i have to prepare for the most challenging part (so far), which is for finite element class.  And i heard also, my previous working place has got new management team. I tumpang happy for my friends. Cuma si Ex-boss asyik mengajak pindah semula ke tempat lama. Itu ex-boss, student pulak lain kisahnya. Masa nak resign haritu, i did not tell anyone, not even students. Kena pulak masa tu near the exam week, and i don't want to make the students feel upset. Cuma staff-staff kawasan kejiranan je yang tahu. Minggu-minggu terakhir, adalah seorang dua student datang, and i just told them indirectly berkias-kias. After a few weeks i have started working at the new place, the words had spread out among the students and sorang-sorang whatsapp kita bertanya itu ini, terkejut, sedih & sebagainya. What can i told them, belajar sungguh-sungguh because the journey is still far. The same thing  i told them in the class. Same goes to my office mates, sayang juga nak tinggalkan kawan-kawan yang baik hati but people come and go. During my time, i dah rasa, sorang-sorang senior tinggalkan kita, and i have to learn and survive by myself. Yang ada sekarang ni, mostly semua lecturer baru and they were lucky i think for having me, sempatlah absorb ilmu-ilmu management yang ada. Even until now my ex-boss/kawan2 lama still call tanya itu ini pun for me takde masalah sebab faham most of them are still new.  And i promised to them, after raya nanti nak buat farewell party. 


Sempat buka puasa bersama dengan ex-office mate sebelum raya =)







A few days ago, emak teringin nak bakar ayam untuk lauk berbuka puasa. Masa tu jam dah pukul 6 pm, "sempat ke ni dayah?"..Sempat sangatla mak, ayam paling lama bakar pun sejam je. 




 This is my favorite red velvet from Coffee Bean, beat the Secret Recipe. The nearest branch at Mitsui KLIA. 



Last week also, i have tried new recipe for kuih raya, cornflakes with peanut butter shared from facebook. Senang sangat, 1 cup sugar, 1 cup corn syrup (ganti madu pun okay), 1 cup peanut butter, 4 cup cornflakes. Cuma silapnya i tertuang sedikit air dalam adunan tu, so after esoknya dia jadi lemau. Nasib baik buat sikit je.




So far setakat ini progress untuk raya. Dulu awal-awal bukan main lagi beli bahan kuih raya awal2, sudahnya now takde masa nak buat. Still got 3 nights, kena juga dapatkan atleast satu jenis kuih !. Baju naim, mama still have to find another dua pasang. Chaiyok!! 3 hari lagi. Okay, babai =)

No comments:

Post a Comment