Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Monday, August 17, 2015

Third week of Atkins yang penuh dengan penipuan

Assalammualaikum readers,

Pejam celik dah masuk minggu ke-3 berAtkins. Kalau ikut pencapaian yang lepas, i lost around 5 kg. Bila masuk minggu ke-3, makin banyak pulak penipuannya, but Alhamdulillah dengan senaman acah-acah berskipping di bilik, dapatlah maintain. Lets have a look on the menu!


 Orang sibuk buat Oopsi bread, aku pun nak buat juga..Bahan cheese cream, telur, butter. Rasa dia tak berapa nak sedap, so taburlah sepeket gula Equal bagi manis sikit.


Yang ini menu jemu-jemuan..muak sebenarnya makan sosej hari-hari. Tapi tumis petola+fishcake memang sedap.

Menu penipu-nasi impit kuah kacang. Repeat 2 kali.



Bayam goreng+telur+sosej cincang


Sama seperti kat atas


Daging berger + cheese

Jamuan raya =satey, ayam rendang, ambil sikit wedges & nasi impit


Selit sikit gambar raya dengan office mate =)

Menu penipu-Red velvet cupcake


Sayur petola+udang

Terus terang, bila dah minggu ketiga ni, memang saya dah start increase makan karbo. And today memang berat dah increase sikit 1 kg - 1.5 kg sebab weekend cheat day makan nasi & mi, campur dengan majlis cukur jambul my niece ahad semalam. So, sepanjang tiga minggu beratkins, saya dapat turunkan 6~7 kg, walaupun now dah naik 1~1.5 kg semula, it was a great experience. Insyaallah, kita cuba lagi turunkan slowly lepasni. 

Lastly, mari kita kongsi gambar on my 2nd week of Atkin. 




Thursday, August 6, 2015

Second week of Atkins & bekal ke office

Assalammualaikum,

My Atkins diet is now on day-15..Tepuk tangan semua!!.Macam tak sangka pulak berjaya tak makan nasi,mi,air manis. Today saya nak share 2nd week of Atkins's menu. To be honest aku pun dah muak jugak sebenarnya menghadap benda yang almost sama every day. Tapi yang penting,mengenyangkan.

Ayam tumis cili+sayur kailan+cheese 1/2


 telur goreng+saleri


Nasi goreng atkin (bunga kobis+cili+bawang+ikan bilis)
Haaaa...yang ni memang betul orang cakap, dapat mengubat kerinduan terhadap nasi goreng. Memang mengenyangkan.


Yang ini semua lauk rebus
Udang+telur+brokoli+salad+cheese 1/4


 Breakfast telur rebus+tumis saleri+brokoli
Lunch salmon +tumis saleri+brokoli

 Repeat nasi goreng atkin, tapi malas nak cincang bunga kobis halus-halus

Ayam goreng 2 ketul+tumis kering petola

 Telur dadar+sardin+tumis petola

Breakfast salad telur
Lunch lempeng atkin(cream cheese+telur+air), sambal ikan bilis
Tapi aku tak breakfast pun sebab tekak rasa mual


Bab senaman, saya buat yang ringan-ringan je, berjalan berulang alik dalam bilik selama 15-20 minit, every day. So far itu jela yang paling rajin dibuat especially time naim tidur pukul 7 pm. Sepanjang minggu ke-2, ada cheat sikit..weekend beraya rumah si Yani ter-ambik biskut raya 3 keping & makan tahu goreng cicah sambal 2 keping. Haaa, ambik kau..macam cheat besar dah tu. Kebetulan pulak period, orang kata if tengah period berat badan will be statik or bertambah sikit.

Penurunan untuk 2nd week is 2kg

So total penurunan untuk 2 minggu atkins is 5 kg.

Rasanya is better for me to continue the induction phase from 2 weeks to  3 weeks. Kita tengoklah mana yang larat, maybe continue saja, but put Cheat Day once a week. Good luck to me!


Tuesday, August 4, 2015

Sedikit ucapan di hari lahir

Assalammualaikum,

Jumaat lepas, saya selamat menjangkau umur 29 tahun. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menatap wajah anak, wajah mak abah di waktu pagi. Masih berpeluang mengintai Whatsapp ucapan hari lahir dari husband, syukur. Terima kasih bos Manipal, buat birthday celebration untuk staff every month. Biar nampak kecil, tapi mungkin besar maknanya pada sesetengah orang, macam saya.

This birthday celebration was for June and July, gabung sekali sebab haritu bulan puasa so takde event apa2. Nak diikutkan sepatutnya ada 22 orang staff lahir pada June and July. Tapi kat pentas tu nampak macam semua orang tengah celebrate birthday aku seorang. Aku pun tak faham apa yang segan sangat nak berdiri rapat sikit dengan kek tu. Aku ni hantu kek, sebab itu takde istilah "kalau takut dilambung ombak, jangan berdiri di hadapan kek"..haha.


Masa waktu ni baru 29 July, i was on my 7th day of Atkin. So memang ada cheat di situ, sepotong kek & bawang goreng tepung. Balik dari kerja, aku buat squat 100 kali dengan harapan menggunung nak bakar carb & sugar dalam kek tadi.


Disebabkan my birthday was actually on 31 July, sekali lagi...kawan-kawan office buat suprise. Maka sekali lagi lah aku cheat makan kek sepotong. Yela, kawan-kawan dah penat-penat beli kek, hargai kita, takkan nak tolak. Kena pulau baru tahu.

Terima kasih semua =)


A few days ago, i was touched by one photo taken from Nick's fb. Remind me about Naim, yang tengah membesar, lasak, nakal, selalu kena marah  sebab tak nak dengar cakap mama & nenek. 
Dia bukanlah degil sebenarnya, tapi what ever he did, he did for a reason. Pada dia, semuanya masuk akal & menyeronokkan. Tapi sebaliknya pula pada pandangan mata saya. Sekarang Naim ada hobi baru, dia akan masuk dalam bilik, minum susu. Tak sampai beberapa minit susu tu habis and datang kat nenek minta buat yang baru. Nenek pun hairan kenapa cepat sangat minum susu. Sekali diintainya dalam bilik, habis basah tilam & lantai kena percikkan susu coklat naim.Bila kena marah, tetap berulang-ulang kali dibuatnya. Adalah dalam seminggu dua ni jugak. Satu hari dia buat benda yang sama depan mata saya sendiri. Puas saya marah dia sampai menangis. Bila dia diam, saya tanya elok-elok..kenapa naim tumpahkan susu atas tilam & lantai. Sekarang naim dah takde tilam nak tido, nenek kena basuh semua toto yang ada. Naim relaks je jawab..."Naim nak siram pokok bunga"..Naim buat benda yang bagus sebenarnya, siram pokok bunga,just like his atok & nenek did everyday.Cuma tak kena tempatnya.

For this two and half years, saya dah habiskan banyak masa untuk marah & bergaduh dengan anak, rather than memanjakan/spend quality time dengan dia. Di umur 29 tahun, cukup-cukuplah perangai menjerit2 pada anak. Anak tu baru umur dua tahun setengah, so lets have some quality and enjoyable motherhood. Kalau ditanya soal anak, dulu saya belum nak lagi. Di saat melihat kawan-kawan semuanya dah bertambah dua & tiga, saya masih menggeleng kepala, menidakkan dalam hati . Kalau dulu saya selalu beri alasan pada diri sendiri trauma dengan kesusahan semasa mengandung. Dengan kesusahan kewangan, kereta kena tarik, bergadai semua barang kemas hantaran yang ada, laptop rosak & lambat siapkan tesis master. Saya berperang dengan emosi sendiri, tapi takdelah nak menyalahkan atau merungut dengan suami. But at the same time, saya baru perasan something. Saya belum puas nak manja dengan Naim, nak qada' balik semua marah-marah saya dulu tu dengan kasih sayang yang berkualiti untuk dia. Sampailah dia dah pandai boleh berdikari jadi abang. Not sure betul atau tidak niat saya, tapi hakikatnya saya masih nak naim seorang untuk saya peluk cium setiap hari.Insyaallah, mana tahu hujung tahun or tahun depan nanti, we will see.


Doa saya setiap hari, whatever yang saya buat setiap pagi ke tempat kerja.. semuanya untuk Naim & mak abah saya. Bukanlah maksudnya kita ni tak sayang suami, tapi anak&ibu bapa adalah darah daging kita, takkan putus. Beza dengan suami, selagi ada cinta & sayang selagi tula dapat kekalkan hubungan dengan suami. Kalau hilang sayang, tanggungjawab, kepercayaan, belum tentu dapat kekalkan hubungan. But of cos, kita mengharapkan hubungan hingga ke syurga. Thanks husband, awak tak pernah halang saya buat apa-apa decision dalam hidup saya. 

Dear naim & husband, please do loving me for any condition. Bila mama tua nanti, sakit or tak berdaya, teruslah sayang mama sampai bila-bila.