Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, August 4, 2015

Sedikit ucapan di hari lahir

Assalammualaikum,

Jumaat lepas, saya selamat menjangkau umur 29 tahun. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menatap wajah anak, wajah mak abah di waktu pagi. Masih berpeluang mengintai Whatsapp ucapan hari lahir dari husband, syukur. Terima kasih bos Manipal, buat birthday celebration untuk staff every month. Biar nampak kecil, tapi mungkin besar maknanya pada sesetengah orang, macam saya.

This birthday celebration was for June and July, gabung sekali sebab haritu bulan puasa so takde event apa2. Nak diikutkan sepatutnya ada 22 orang staff lahir pada June and July. Tapi kat pentas tu nampak macam semua orang tengah celebrate birthday aku seorang. Aku pun tak faham apa yang segan sangat nak berdiri rapat sikit dengan kek tu. Aku ni hantu kek, sebab itu takde istilah "kalau takut dilambung ombak, jangan berdiri di hadapan kek"..haha.


Masa waktu ni baru 29 July, i was on my 7th day of Atkin. So memang ada cheat di situ, sepotong kek & bawang goreng tepung. Balik dari kerja, aku buat squat 100 kali dengan harapan menggunung nak bakar carb & sugar dalam kek tadi.


Disebabkan my birthday was actually on 31 July, sekali lagi...kawan-kawan office buat suprise. Maka sekali lagi lah aku cheat makan kek sepotong. Yela, kawan-kawan dah penat-penat beli kek, hargai kita, takkan nak tolak. Kena pulau baru tahu.

Terima kasih semua =)


A few days ago, i was touched by one photo taken from Nick's fb. Remind me about Naim, yang tengah membesar, lasak, nakal, selalu kena marah  sebab tak nak dengar cakap mama & nenek. 
Dia bukanlah degil sebenarnya, tapi what ever he did, he did for a reason. Pada dia, semuanya masuk akal & menyeronokkan. Tapi sebaliknya pula pada pandangan mata saya. Sekarang Naim ada hobi baru, dia akan masuk dalam bilik, minum susu. Tak sampai beberapa minit susu tu habis and datang kat nenek minta buat yang baru. Nenek pun hairan kenapa cepat sangat minum susu. Sekali diintainya dalam bilik, habis basah tilam & lantai kena percikkan susu coklat naim.Bila kena marah, tetap berulang-ulang kali dibuatnya. Adalah dalam seminggu dua ni jugak. Satu hari dia buat benda yang sama depan mata saya sendiri. Puas saya marah dia sampai menangis. Bila dia diam, saya tanya elok-elok..kenapa naim tumpahkan susu atas tilam & lantai. Sekarang naim dah takde tilam nak tido, nenek kena basuh semua toto yang ada. Naim relaks je jawab..."Naim nak siram pokok bunga"..Naim buat benda yang bagus sebenarnya, siram pokok bunga,just like his atok & nenek did everyday.Cuma tak kena tempatnya.

For this two and half years, saya dah habiskan banyak masa untuk marah & bergaduh dengan anak, rather than memanjakan/spend quality time dengan dia. Di umur 29 tahun, cukup-cukuplah perangai menjerit2 pada anak. Anak tu baru umur dua tahun setengah, so lets have some quality and enjoyable motherhood. Kalau ditanya soal anak, dulu saya belum nak lagi. Di saat melihat kawan-kawan semuanya dah bertambah dua & tiga, saya masih menggeleng kepala, menidakkan dalam hati . Kalau dulu saya selalu beri alasan pada diri sendiri trauma dengan kesusahan semasa mengandung. Dengan kesusahan kewangan, kereta kena tarik, bergadai semua barang kemas hantaran yang ada, laptop rosak & lambat siapkan tesis master. Saya berperang dengan emosi sendiri, tapi takdelah nak menyalahkan atau merungut dengan suami. But at the same time, saya baru perasan something. Saya belum puas nak manja dengan Naim, nak qada' balik semua marah-marah saya dulu tu dengan kasih sayang yang berkualiti untuk dia. Sampailah dia dah pandai boleh berdikari jadi abang. Not sure betul atau tidak niat saya, tapi hakikatnya saya masih nak naim seorang untuk saya peluk cium setiap hari.Insyaallah, mana tahu hujung tahun or tahun depan nanti, we will see.


Doa saya setiap hari, whatever yang saya buat setiap pagi ke tempat kerja.. semuanya untuk Naim & mak abah saya. Bukanlah maksudnya kita ni tak sayang suami, tapi anak&ibu bapa adalah darah daging kita, takkan putus. Beza dengan suami, selagi ada cinta & sayang selagi tula dapat kekalkan hubungan dengan suami. Kalau hilang sayang, tanggungjawab, kepercayaan, belum tentu dapat kekalkan hubungan. But of cos, kita mengharapkan hubungan hingga ke syurga. Thanks husband, awak tak pernah halang saya buat apa-apa decision dalam hidup saya. 

Dear naim & husband, please do loving me for any condition. Bila mama tua nanti, sakit or tak berdaya, teruslah sayang mama sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment