Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Tuesday, September 1, 2015

Myvi & Aidijuma, i love Malaysia

Assalammualaikum,

Hai awak,awak,awak yang rajin baca blog saya yang tak seberapa ni, moga sihat semuanya. Since i'm no longer in Atkins diet, banyak juga lah karbo-karbo yang masuk dalam perut ni. Last few weeks, my sister buat majlis kesyukuran for her new born daughter. As a doorgift, i made her 300 pieces of cookies. Tiga hari berturut-turut siang dan malam, maka siaplah cookies ini. Start kenduri ni lah actually aku dah mencemar-dulikan atkins aku sampailah sekarang.


Sebab takut berat naik mendadak, i'm doing some jogging dekat kawasan kolej. Bunyinya macam sihat, tapi kalau tengok gambar, macam takde control makan jekkk..Jogging-jogging pun, i pergi melantak semua makanan favourite  yang sangat-sangat dirindui.




Kerinduan pada mi rebus haji wahid. Rupanya takdelah susah mana nak buat..


Resipi for 6 pax

1 biji besar bawang merah
3-4 biji bawang putih
Segenggam udang kering
1 cm halia
-blend semua bahan&tumis-campur 2-3 sudu serbuk kari daging

3 sudu besar taucu-bilas dengan air/kurangkan masin
2 biji kentang&2 biji keledek-rebus
-blend semua bahan&tumis sekali dengan bahan atas-

Tumis semua bahan, campur air, and perisakan dengan gula&garam



 Balas dendam nasi goreng kampung, nasi lemak, teh  tarik. Masa ni went for industrial attachment visit at Shah Alam. Bermalam kat rumah husband, kekok rasanya. Rumah husband tak berdapur, so makan luar / bungkus je. 



Another story.....
Selepas dua minggu menunggu,siap juga kereta ni. Kalau perasan, body part depan semuanya baru sebab dah kemek-kemek accident haritu.

Cuma yang tak bestnya, after a few days, aircond pulak rosak. Sebenarnya aircond ni dah lama tak sejuk, but i didn't do anything..biarkan saja walaupun dah selalu kena marah dengan husband. Sekali pergi servis, habis semua aircond pipe kena tukar sebab dah tersumbat teruk,berminyak & kotor. 


I'm kind of tired actually, asyik keluar duit pada kereta...i didn't blame the owner sebab kita fahamlah ambil kereta second, then dah lebih 5 tahun..memang beginilah ragamnya. Sebelum raya haritu pun i had spent the money untuk service, bearing, tukar break pad, pakai minyak high quality sebab everyday travel jauh ke tempat kerja. Apa saja yang husband advice, i had listen and spent my money on it. Kiranya i have spent the money for service sebelum raya, then accident lepas raya, then repair the air-cond..rasa macam dah kemuncak berkorban segala2nya untuk kereta ni. I really hope that this beloved Myvi bertahanlah atleast sampai March 2016, after renew the roadtax & insurance. Kasi i bernafas sikit & simpan duit tabung.

Alhamdulillah, walau banyak dugaan bak dilambung ombak gitu...walaupun risau repair aircond mahal, Alhamdulillah..cukup je saki baki duit dalam bank tu. In terms of kerja, belum lagi rasa stress sebab students masih on semester break. But in terms of dugaan kereta/emosi sebegini lah yang buat meroyan nak pergi bercuti/travel. Ya, dah kenapa aku bukak topik baru ni -TRAVEL.Tapi takpe, itu kita cerita lain kali.

Sempena merdeka, kami sekeluarga tak ke mana. Cuti dah di booking untuk kenduri kahwin cousin di Dengkil, and selebihnya rehat-rehat saja di rumah.  Sempena dengan semangat merdeka ni jugak, this year and next year, saya berazam nak merdeka-kan diri dari hutang piutang (yang PTPTN tu tak tahulah possible or not..) & nak banyakkan travel insyaAllah. I love Malaysia, I love Myvi walaupun dah banyak habis duit, and of course i love my Aidijuma sentuhan anak Malaysia. Akhir kata, tataplah gayaku dalam Aidijuma..kehkeh.



Wassalam

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete