Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, October 29, 2015

Stress & depression, sejauh mana.

Hi & Assalammualaikum

Alhamdulillah, classes for this week went well..Setiap hari Khamis, mesti happy semacam sebab dapat habiskan kelas untuk minggu itu. By friday boleh relax-relax buat nota. So last weekend,  bukan main seronok gaji masuk awal. Benda pertama yang saya ingat, nak beli kain chiffon glitter buat tudung bawal. Masa survey-survey haritu, kedai tu bagi rm12 semeter. Selang seminggu datang balik, jadi rm15 semeter pulak!..Aaiihhhh, geram pulak dengar. Konon nak beli sampai 4-5 colour, sudahnya 2 colour jela. Upah jahit kelim je dah rm5.

 
 Tambah koleksi pin tudung. Asyik cilok mak punya je.


Ahad, masak special untuk husband. It's been a longggg longggg time.Repeat balik ketam cili macam haritu.



Yang ini, ice milk green tea dari gerai Tea Boss. Sedang elok lepas kami beli, hujan lebat turun. Masa ni, Naim haus sangat & tak sabar nak minum. Marah dia tengok mama lama sangat snap picture.


A few days ago, ramai yang share berita seorang wanita baru berpantang 10 hari, terjun bangunan. Obviously,  it is caused by post-natal depression.  Sometimes, kita pun tak boleh imagine camne meroyan tu terjadi. Depressed, tension, rasanya feeling ni ada pada setiap ibu yang baru bersalin. Sikit atau banyak je.

Pengalaman saya masa bersalinkan Naim, pernah juga sekali dua saya menangis tak semena-mena. Takda masalah nak menyusukan anak, tapi masa tu badan penat,letih, siang malam berjaga. Sakit pulak tu kat bahagian operate, tak larat nak bangun-baring-bangun-baring. Baby pulak tak sabar-sabar nak menyusu, menangis-nangis masa nak disuakan kat mulut dia. End up saya pun menangis, tapi tak lama. Start masa tulah mak terpaksa bancuh sikit susu tepung sebab kesian kat saya. And saya masih ingat lagi, pagi tu jugak abah keluar carikan pil milk booster kat farmasi. Bila pergi check-up kat klinik, dapat reading blood pressure, nurse pun boleh tau yang kita ni dalam keadaan stress,penat & tak cukup tidur. Suhu badan pun sedikit panas, ada simpton nak demam. Alhamdulillah, nurse kat klinik banyak bagi guide & advice pada saya. Nurse has asked me siapa yang ada kat rumah, siapa yang jaga saya berpantang, kalau badan rasa sakit atau lenguh-lenguh, mintak tolong siapa-siapa urutkan, suruh banyak berehat, if perlukan something makan minum,amhil barang itu ini, mintalah tolong ahli keluarga. The obvious part selalunya bila kita tension, senang je rasa nak marah pada baby/pada diri sendiri/pada orang sekeliling.Syukur kita ada ahli keluarga yang prihatin.


 I still remember, masa mengandung dulu, i had a lot of problems and kept a lot of feeling, which was actually depressed feeling, murung. And i still can feel it even after three years, susah nak lupakan. And now, nak besarkan anak tanpa suami/ayah depan mata, seminggu sekali je berjumpa walau jarak tak jauh mana. Tekanan, dugaan, emosi, semuanya Allah saja yang tahu. Yes, stress & depression yang saya lalui tiga tahun lepas, masih ada sampai sekarang. Moga Allah kuatkan semangat kami.




Tuesday, October 20, 2015

Cari Kebahagiaan

Assalammualaikum & salam maal hijrah everyone =)
 


How do you find your happiness? Lain orang lain caranya & lain definasinya. Some people, they couldn't find the happiness from their beloved ones, but they managed to find it from surrounding. Melalui kerja, hobi, foods, kawan2, anak-anak. Ada yang suami/isteri depan mata serumah sebumbung tapi tak jumpa kebahagiaan. Ada yang hidupnya tanpa pasangan, tapi cukup bahagia dengan apa sahaja dalam hidupnya Mencabarnya hidup zaman sekarang, yang muda, yang tua, masing-masing kuatkan iman & semangat. For me, don't put so much hopes on human's love, bimbang nanti kecewa. But put your faith on Allah, kita tahu yang itu abadi & kita serah segala-galanya..Insyaallah, wanita memang dikurniakan Allah seribu kekuatan.


Cerita seminggu yang lalu, yang mana i'm trying hard filled up my days so that boleh lupakan hal-hal yang menyakitkan kepala. We tried char kuey teow ketam near my kampung, just next to Petronas Kg.Bukit Changgang. Tak jauh dari KLIA.Sedap, sepinggan macamni dalam rm8.50, ada udang, kerang & ketam. They got lobster too! . Ini boleh mendatangkan ketagihan!

Then on Saturday, jalan-jalan ke rumah kakak..Try mixing some jagung+vanilla ice cream+tapai ubi.Sedap yaww, makan sambil tengok Gordon Ramsay masak.Actually teringin nak repeat makan aiskrim tapai ubi kat Aunty Aini Cafe.


Belah petang, kami ke Sungai Buloh, cuci mata tengok pokok bunga. Kami pergi satu kedai saja sebab hujan gerimis waktu tu. Naim got excited tengok pokok-pokok & finally tergelincir. Mujur dia tak nangis.

And this is what i got. It cost me rm8, sejuk mata nak buat kerja. Actually i was looking for cactus tapi kebetulan kedai yang kami pilih ni cuma jual pokok-pokok berdaun. Hopefully lepasni akak cleaner tak marah dengan aku sebab daun-daun pokok ni ada sikit-sikit gugur atas meja. She cleaned my table everyday & rasaya meja aku paling crowded among the colleagues.
On Sunday, datang semangat nak berdiet kembali.Cadangnya nak start bawa lunch box, and buat diet kalori. So, bought some groceries. Lama sangat dah tinggal atkin, nak mula balik teramatlah liat.


Malangnya lunch box cuma berjaya sehari saja on Monday. Selasa got guest professor datang visit & ada jamuan, wednesday cuti, khamis got training and food was provided, and last sekali jumaat dah plan potluck dengan kawan-kawan office. Walaupun cuma sehari, semangat masih ada and i bought a proper container for my lunch box. Baru lah best sikit nak buat banyak lauk & letak separately. Punya besar Giant tu, but it was really hard for me to find this type of container, yang ada separate part macamni. Harga tupperware ni rm12. Itupun jumpa satu brand saja.


This was our potluck on friday. My friend bawa bihun goreng and we agreed that the bihun is veg-type since we got a few friends yang vegetarian. I cooked pasta goreng campur udang&ikan bilis, while the juniors brought kuih, ayam goreng and brownies. But finally rasa macam 'isshhh sabar jelah buat bihun veggie tapi 'orang' tu tak makan pun'. Kalau tahu dia tak nak makan, dah lama dah suruh my friend bubuh fish ball, ayam, ikan bilis kasi sedap sikit.

 Lately ni famous betul orang duk share makan kat Shell out dengan segala ketam-ketam & apron plastik. Tak kurang juga ada yang try di rumah. Dah lama tak ratah ketam puas-puas macamni. Tadi macam baru cerita pasal diet kan?..hehe.


Emak prepare ketam cili just like  ayam masak merah. Tapi kurangkan sikit rasa pedas dia dengan lebihkan sedikit gula. Ketam & udang ni mak goreng dulu dengan garam,kunyit, lada sulah. Sayur-sayur macam brokoli , carrot & jagung dah rebus awal-awal & just tabur last sekali. Guess what, sebenarnya makan jagung rebus bersalut sambal adalah sedapppp!!. Cubalah =)



Untuk hiburkan Naim, mama bawak pergi tengok unta on weekend semalam. Haritu, a few of friends had share some pictures of mini zoo kat sebelah kampung.  Tapi sebelum tu mama had to bring him potong rambut, after all the drama meraung-raung kat kedai, lega rasanya tengok kepala botak bersih. At least tahan untuk 3 bulan akan datang, so that mama will emotionally prepared dengan drama meraung naim tu.


Hati senang, kepala bersih, then mama belikan super creamy tea boss! "Tea Boss" lemak berkrim is running by my cousin's husband, ada khemah kecil opposite of Kilang Genting Sanyen near KLIA, beli secawan, kongsi 3 orang baru boleh habis. Tengok orang order perisa green tea, terliurrrrr..But for the beginning, i order milk tea & coffee =)


'Mini zoo' ni was actually tanah milik someone, he built a few unit house beserta surau and sekitarnya the owner bela beberapa jenis haiwan macam burung unta, unta, kambing, ayam belanda, angsa & lembu. And at the same time, tiada halangan untuk orang-orang lalu lalang kat situ singgah tengok. The interesting part is tengok roughly rumah yang dibina ada corak kufi, pokok kurma, & nowadays dah famous orang buat rumah pakai interlocking brick. Walaupun tak banyak mana haiwan, but fun enough untuk kids and parents datang spent for 30 minutes ambil angin petang-petang.



That's how i defined my happiness. Memasak, jalan-jalan, makan, dengan orang yang memang sepatutnya dapat kasih sayang, masa & perhatian kita.So far in 4 months period, saya berjaya tak bawak balik kerja ke rumah. Kalau ada pun just review lecture notes in 15 minutes. Insyaallah, in future, mama try to spend more quality time untuk naim. Kadang pergi kerja, naim tak bangun lagi, mama balik kerja kadang-kadang naim dah tidur/ nap petang. By the time he woke up at midnight, mama dah tidur and end up sambung tidur depan tv sambil temankan naim watching cartoon.Kalau naim tak tidur petang, dapatlah mama tengok muka sweet naim sambut mama balik kerja.

Okay then, jumpa lagi next entry =)





Friday, October 9, 2015

Special celebration, special place, special person

Assalammualaikum,

Sementara masih segar di ingatan, cepat-cepat update entry. Lega rasanya bila dah settle conduct class untuk seminggu, now barulah rasa excited nak menulis. Ahad lepas, saya berjalan ke Tanjung Karang which was actually a family trip, disertai pakcik-pakcik  & makcik-makcik saya sebelah emak ke kenduri kesyukuran sepupu yang baru berkahwin. Dalam perjalanan saya agak boring/murung sebab husband tak join, plus risau duk memikirkan berjalan dengan kereta yang dah lama tak berservis. Alhamdulillah, semuanya lancar. Murung-murung tadi tu semuanya hilang bila nampak sawah padi yang terbentang luas. Bukanlah tak pernah nampak sawah padi, cuma jarang-jarang nampak. Sayang sekali jerebu haritu sedikit mencacatkan pemandangan. Kalau tak, mesti lebih hijau & nyaman je rasa. On the way balik, kami singgah makan mee rebus udang..sedap!






Sejak bekerja di company baru, sejujurnya saya ada lebih banyak masa untuk jaga hubungan dengan kawan-kawan. Kalau ada staff baru yang masuk ke floor saya, mesti ringan je mulut nak ajak berborak.Tapi memang dah nature suka bercakap, diam itu bukan saya. Bila umur dah meningkat, saya try untuk lebih mendengar cerita orang, jadi pendengar, bertanya itu ini, rather than kita membuka cerita kita sendiri.So far dalam tempoh 4 bulan bekerja, Alhamdulillah kami ada ukhwah yang rapat, berjaya sambut birthday untuk setiap seorang, berpotluck, breakfast & lunch sama-sama. Starting dari birthday saya, terus berlanjutan sambut ke birthday yang lain-lain. Macamane gembira si A, we'll do the same thing for si B, C and D. Kalau di tempat lama dulu, memang rapat dan masih contact baik dengan kawan-kawan lama, tapi tak begitu banyak masa nak bersosial sana sini. Bila kat tempat baru, jadi rajin pulak buat celebration sama-sama dengan kawan-kawan. Tiap-tiap minggu ada saja plan.

Potluck breakfast sempena Kak Sham nak tunaikan haji + 'bachelor party' untuk Aimi. Rindu nak tunggu Kak Sham balik =)




Sambut birthday Fariha september haritu. Last minute plan.





Awal Oktober, kami sambut birthday Jiha & Wan. Kami bawa potluck untuk breakfast, gigih i bakar brownies pagi-pagi.Kebetulan Jiha bawa 'telur merah', lebih kurang simbolik kelahiran untuk orang berketurunan cina. Ini pun last minute plan, like harini tanya bila birthday, rupanya lusa.


And the ultimate, was yesterday. We had celebrated a farewell dinner for Anne. She's just be with us for  two months  and will going for Kastam soon. This time, no potluck or KFC, but we choose Aunty Aini's Garden Cafe for this special occasion.

The place is sooooo beautiful






Kami datang around pukul 6.30 pm, masa tu hujan start turun rintik-rintik & sempatlah kami bergambar sebelum hari gelap. Surau disediakan and we performed our Maghrib here. To anne, good luck for your future!

Syukur dikelilingi kawan-kawan yang penyayang & memahami. Kadang, bila kita buat decision untuk move to the new life, belum tentu kita akan jumpa pengganti sebaik kawan-kawan yang kita pernah ada dulu. Dan untuk kawan-kawan baik yang kita pernah ada dulu, bukan senang untuk kita jaga & kekalkan hubungan. But believe that, bila kita positive people will get influenced dengan aura positive kita. Spread the love!







Friday, October 2, 2015

Kasut Puma Kesayangan

Assalammualaikum,

Today I bring my personal laptop to the office and got some free time looking to the old photos. There are lots of memories starting from my Master graduation until now working as a lecturer. Dalam banyak-banyak gambar, there is a photo that make me smile, pernah tak you all pergi kerja pakai baju kurung and sport shoes? Me, yes!!haha.This happened two years ago and was my very first time buying Puma shoes. Let me story about ‘her’ which I called as ‘Puma  Kesayangan’, and share you how much i love to wear it.

Masa awal-awal mula bekerja dulu saya agak kedekut sikit nak keluar duit beli kasut-kasut berjenama & berkualiti macam Puma. During that time, I was looking to any brand of sport shoes that can be used for light activities and casual. Maklumlah bila dah ada anak, selalu jugalah kami ke taman & shopping mall. Memang banyak berjalan, berlari main dengan anak. Until one day, ada sale gila-gila di Harbour Place, Port Klang and my eyes were focused only on this brand. Biasalah perempuan, nak kasut brand, tapi nak yang stylo, cantik, boleh match dengan banyak baju, lepastu nak murah tunggu ada sale,hihi…Ditambah lagi dengan puji-pujian melangit dari husband yang katanya nampak stylo kalau saya pakai. Betul la tu, memang design Puma ni versatile, kalau tak, takdelah mata aku ni asyik focus dekat brand itu saje.


So, bermulalah episode jatuh cinta dengan kasut Puma. I really love it sampai pakai Puma mengajar ke class & match it dengan baju kurung. Kebetulan pula class waktu tu kat 3rd floor, kena menapak naik tangga. So I purposely wore my Puma shoes to avoid pain or lenguh-lenguh kaki. I bet no one noticed it since it was looking nice & the color match with my baju kurung. Seriously the whole day tak sedar pakai sport shoes sebab it’s so comfort.

Then weekend, memang dah jadi rutin bawa anak ke taman and sometimes ke shopping mall. The best part is bila pakai kasut Puma ni, I didn’t realized that i already spent 2-3 hours walking in the shopping mall. Comfort and sesuai dengan tujuan nak berjalan-jalan. Kebetulan, Naim kan lasak, so bila pakai kasut Puma ni, senangla nak laju-laju kejar anak.


Gambar atas tu masa awal tahun haritu. We went to Pangkor for a holiday & I washed my Puma shoes last minute. Sanggup tu jemur atas dashboard kereta sebab nak pakai bila sampai jeti nanti. Luckily, material dia ringan and cepat kering. Nak bergilir-gilir dukung anak dengan husband, nak angkut beg naik feri lagi, so it’s important for you to choose the right/suitable shoes for your activities. Like me, kasut Puma yang I ada ni sesuai pakai untuk aktiviti sports, pakai dengan jeans, skirt, even baju kurung. Sangat-sangat praktikal for any condition and activities.

Papa &Naim also got their own Puma. Comel and stylo tengok boys umur 1-2 tahun pakai Puma.



During my graduation, how time flies..

Papa punya..always dalam bonet kereta. Senang nak tukar pakai anytime and anywhere.

Actually tiap kali ke shopping mall, me and husband mesti singgah sports outlet untuk tengok latest design Puma. Tapi selalunya kiteorang survey dulu koleksi kasut PUMA dalam website-website yang jual online and siap ada diskaun lagi. So atleast dapatlah tahu the latest design or boleh compare price. In terms of style, actually bila kita pakai something yang berkualiti & ada brand mesti automatic jadi confident. Nak pakai kasut Puma untuk bersukan ke atau nak santai-santai riadah, ke’stylo’an anda akan menyerlah gitu.






Tak percaya?, Cuba beli Puma satu =)