Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Thursday, October 29, 2015

Stress & depression, sejauh mana.

Hi & Assalammualaikum

Alhamdulillah, classes for this week went well..Setiap hari Khamis, mesti happy semacam sebab dapat habiskan kelas untuk minggu itu. By friday boleh relax-relax buat nota. So last weekend,  bukan main seronok gaji masuk awal. Benda pertama yang saya ingat, nak beli kain chiffon glitter buat tudung bawal. Masa survey-survey haritu, kedai tu bagi rm12 semeter. Selang seminggu datang balik, jadi rm15 semeter pulak!..Aaiihhhh, geram pulak dengar. Konon nak beli sampai 4-5 colour, sudahnya 2 colour jela. Upah jahit kelim je dah rm5.

 
 Tambah koleksi pin tudung. Asyik cilok mak punya je.


Ahad, masak special untuk husband. It's been a longggg longggg time.Repeat balik ketam cili macam haritu.



Yang ini, ice milk green tea dari gerai Tea Boss. Sedang elok lepas kami beli, hujan lebat turun. Masa ni, Naim haus sangat & tak sabar nak minum. Marah dia tengok mama lama sangat snap picture.


A few days ago, ramai yang share berita seorang wanita baru berpantang 10 hari, terjun bangunan. Obviously,  it is caused by post-natal depression.  Sometimes, kita pun tak boleh imagine camne meroyan tu terjadi. Depressed, tension, rasanya feeling ni ada pada setiap ibu yang baru bersalin. Sikit atau banyak je.

Pengalaman saya masa bersalinkan Naim, pernah juga sekali dua saya menangis tak semena-mena. Takda masalah nak menyusukan anak, tapi masa tu badan penat,letih, siang malam berjaga. Sakit pulak tu kat bahagian operate, tak larat nak bangun-baring-bangun-baring. Baby pulak tak sabar-sabar nak menyusu, menangis-nangis masa nak disuakan kat mulut dia. End up saya pun menangis, tapi tak lama. Start masa tulah mak terpaksa bancuh sikit susu tepung sebab kesian kat saya. And saya masih ingat lagi, pagi tu jugak abah keluar carikan pil milk booster kat farmasi. Bila pergi check-up kat klinik, dapat reading blood pressure, nurse pun boleh tau yang kita ni dalam keadaan stress,penat & tak cukup tidur. Suhu badan pun sedikit panas, ada simpton nak demam. Alhamdulillah, nurse kat klinik banyak bagi guide & advice pada saya. Nurse has asked me siapa yang ada kat rumah, siapa yang jaga saya berpantang, kalau badan rasa sakit atau lenguh-lenguh, mintak tolong siapa-siapa urutkan, suruh banyak berehat, if perlukan something makan minum,amhil barang itu ini, mintalah tolong ahli keluarga. The obvious part selalunya bila kita tension, senang je rasa nak marah pada baby/pada diri sendiri/pada orang sekeliling.Syukur kita ada ahli keluarga yang prihatin.


 I still remember, masa mengandung dulu, i had a lot of problems and kept a lot of feeling, which was actually depressed feeling, murung. And i still can feel it even after three years, susah nak lupakan. And now, nak besarkan anak tanpa suami/ayah depan mata, seminggu sekali je berjumpa walau jarak tak jauh mana. Tekanan, dugaan, emosi, semuanya Allah saja yang tahu. Yes, stress & depression yang saya lalui tiga tahun lepas, masih ada sampai sekarang. Moga Allah kuatkan semangat kami.




No comments:

Post a Comment