Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Saturday, November 7, 2015

Buaya @ Paya Indah Dengkil

Assalammualaikum & hi everybody,

Happy nya this week sebab terbayang next week will a bit free, since majority at my working place are Indian, students will having semester break seminggu, staff pula ramai yang bercuti sambut deepavali, and ada juga yang balik India. Kami yang malay ni tumpang mood cuti sekali. Weekend lepas, sengaja tukar angin beli groceries dekat Alamanda. Lama tak berjalan ke sana, adalah lebih 2 bulan juga. Sejak IOI buka, Alamanda dah kurang sesak so takdelah susah sangat nak makan-makan kat situ.


On Sunday, pagi-pagi keluar cari surat khabar and tergerak pula nak singgah Paya Indah (Wetland) kat Bukit Changgang-Dengkil. Dulu masa zaman Tun Mahathir, tempat ni quite known dengan badak sumbu, buaya & tasik-tasik teratai. Kemudian entah macamana lama-lama terkubur sepi, tapi masih cantik & sesuai datang buat family day/berbasikal. Sometimes, orang kampung area sini akan guna tempat ni for wedding/event.


Naim ni pencinta haiwan, suka sangat dia kalau kita bawa tunjuk haiwan-haiwan. Nanti senang-senang kita ke zoo negara ye Naim. Dekat wetland ni, kalau sebut buaya saja ada dalam 50 ekor dalam kolam besar ni. Masa kami sampai, agak ramai juga & kebetulan pekerja2 tengah bagi buaya makan.


Layan Naim main giant bubble. Tempat ni best kalau kita datang bawa tikar & picnic.

Very nice and calm isn't it?Actually, ada lagi kolam besar untuk badak sumbu, itik, and sometimes kalau bernasib baik boleh nampak burung merak berkeliaran. Next time datang kita picnic kat sini & bawa basikal =)

This week meriah sikit office, one of our beloved office mate, Kak sham dah selamat pulang dari haji. Hari first dia masuk kerja, kami keluar lunch sama-sama, tapi lupa pulak nak ambil gambar muka kak sham yang berseri-seri tu. Tapi yang nak sangat saya highlight kan is the food/kedai yang kami try. Tak jauh dari Aunty Aini cafe, commonly known as 'kedai tepi kubur' & sedikit tersorok. Nak datang kedai ni memang kena booking sebab ramai sangat orang datang makan lunch, plus space yang agak limited. Lauk-lauk dia memang sedap & selalunya pukul 2 pm macamtu dah tutup/habis. Kami ambil lauk berbeza-beza, so  boleh tumpang rasa each other. Tapi kuah lemak tempoyak dia memang terbaikkk.


Set : nasi+sotong petai+ulam+cendol, rm10



Actually minggu ni banyak juga kami try makan menu baru kat kedai-kedai area Nilai. Tukar selera katanya. Macam kat bawah ni, nasi beriani ayam kat satu kedai arab area Inti College. Terlupa nama kedai tu, tapi quite famous juga. Nasi dia MasyaAllah...lembutnya, sedapppp...i managed to finish the nasi but not the chicken.

 Yang ini, mi kari from Hailam Kopitiam. Actually, lately ni i ketagih dengan mi kari Old Town Coffee, so bila pergi Hailam Kopitiam, saja nak try mana tau lebih sedap. But then Old town lebih kena dengan tekak & selera.

Satu lagi ketagihan,  tiap kali datang KFC mesti nak beli cheezy potato. Naim pun sama, ketagih nasi & ayam goreng KFC. Nasib baiklah yang dia suka tu affordable, bolehlah mama bawak makan selalu.


Alhamdulillah for this week, happy and smooth je routine. Itulah yang saya doa setiap hari. Okay then, see again =)


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete