Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

Iklan

Sunday, December 13, 2015

Naim turns three

Assalammualaikum & hai,

Nak dekat sebulan tak update blog, rindu rasanya. Takde mood nak update pun iye jugak, mungkin dihantui sindrom kegemukan. Haritu macam rajin sekejap buat watermark kat setiap gambar, tapi rasanye that is one of the reason yang melambatkan/memalaskan/mematahkan semangat nak update blog.

Disember yang ditunggu-tunggu, sempena dengan bulan kelahiran Naim kesayangan, plus semester dah nak habis, seronok rasanya.During his birthday haritu 9/12/12, mama took half day & we were having cakes kat secret recipe. Oklah celebrate kecil-kecilan, yang penting ada ingatan. Tahun lepas mama terlupa, terkilan sangat sebab tak ingat betul-betul his birth date.Dah tengah malam baru teringat.Sorry Naim, but mama now happy seeing you grow up sampai tak sedar dah tiga tahun. Tahun ke-3 ni, mama siap announce kat office 'aku nak half day rabu ni sebab harijadi anak aku'.


Sebab kamu kecil lagi, mama pun takde feeling sangat nak beli hadiah apa-apa. But last week, we brought you to Big Bad Wolf, sengaja nak merasa experience. Mula-mula excited, but end up with frustration, banyak buku2 yang saya expect ada di sana tapi bila pergi like "oohh, macamni je rupanya'. We grab a few, takkan nak balik dengan tangan kosong pulak kan after mengharungi traffic yang teruk.



Since papa quite free this month, weekdays i ajak dia lunch near my workplace. Takdelah dekat sangat, tapi bila pergi sekali asyik teringat2 masak lemak udang. Kedai tepi kubur, i mentioned it before kan? Tapi taste papa & mak different dengan i, both of them nampak berselara makan nasi putih dengan sambal belacan, tapi lauk pauk for them just average.While me, syokkkk sangat makan masak lemak tempoyak cili padi udang.Fuhhh


 Untuk balas balik, selang beberapa hari i asked him a dinner treat pulak kat area rumah. Tu yang datang segala sindrom kegemukan tu!

Disember dah pun di pertengahan. Tapi banyak lagi rasanya wishlist 2015 yang tak tercapai.  I think cuma satu je kot, improve my career & ada sedikit peningkatan gaji. Yang lain-lain tak tercapai langsung. Lately ni pulak ramai orang sekeliling yang ke umrah bulan 12 ni termasuk yang muda-muda, jealous nye.Wish one day/tahun depan nanti nak bawak emak sama-sama ke sana using my own money. Ok then, babai =)

No comments:

Post a Comment